UBK SMK (F) BESOUT

                                                               LATAR BELAKANG
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling diperkenalkan di dalam sistem persekolahan di Malaysia telah bermula sejak awal tahun 1960an. Perkhidmatan yang dilaksanakan ketika itu lebih menitikberatkan bidang bimbingan kerjaya dan pelajaran. Untuk memberi perkhidmatan bimbingan kerjaya dan pelajaran di sekolah-sekolah,kursus pendedahan selama seminggu diadakan dari semasa ke semasa oleh Bahagian Sekolah untuk guru-guru yang menjalankan tugas-tugas bimbingan.
                                                                  FALSAFAH  
Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap,berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek.jasmani,emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

VISI PERKHIDMATAN
Perkhimatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2015        
                                                             
                                                           MISI PERHIDMATAN
Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:

  • Menguruskan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan cekap dan berkesan .
  • Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran intelek (IQ),emosi yang tinggi (EQ) dan berahlak mulia (SQ).
  • Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
  • Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.
  • Memupik semangat patriotik dan kualiti kepimpinan dalam kalangan murid.
                                                            MOTO PERKHIDMATAN
  • Informasi,Kecemerlangan,Kesejahteraan.                                                                                     
                                       MAKLUMAT GURU KAUNSELING SMK BESOUT

GURU B&K YANG MASIH BERKHIDMAT

  • Nama : Pn. Siti Suraiyah binti M.Horsi
  • Tarikh Lahir : 09 November 1984
  • Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling (UPSI, 2008), Ijazah Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling (UPSI, 2011)
  •  Tempoh Perkhidmatan (B&K) : 5 tahun

GURU B&K YANG TELAH BERSARA
  • Nama : En. Shaharuddin bin Mohd Zahari
  • Tarikh Lahir : 22 Jun 1955
  • Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling (UPM, 2001)
  • Tempoh Perkhidmatan (B&K) : 10 tahun